Thursday, July 17, 2014

Iftar Jamaie anjuran IKRAM Daerah Miri

 Pada 12 Julai 2014 bersamaan dengan 14 Ramadan yang lalu telah berlangsung Majlis Iftar Jamaie anjuran Pertubuhan IKRAM Daerah Miri di perkarangan Pejabat IKRAM Daerah Miri. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ibubapa para murid Taska Al Amin Aulad serta ikhwah akhowat ahli Pertubuhan IKRAM Daerah Miri. Majlis Iftar Jamaie ini juga berlangsung serentak melibatkan IKRAM Daerah Sibu dan IKRAM Daerah Bintulu.

 

[caption id="attachment_445" align="aligncenter" width="660"]IMG_7170 Hadirin yang hadir ke Majlis Iftar IKRAM Daerah Miri di perkarangan Pejabat IKRAM Daerah Miri mendengar tazkirah.[/caption][caption id="attachment_444" align="aligncenter" width="660"]IMG_7159 Majlis Iftar Jamaie ini mampu mengukuhkan hubungan persaudaraan dan ukhuwwah sesama ahli IKRAM dan masyarakat setempat.[/caption][caption id="attachment_443" align="aligncenter" width="660"]IMG_7150 Para hadirin menikmati jamuan berbuka puasa[/caption][caption id="attachment_442" align="aligncenter" width="660"]IMG_7149 Para hadirin menikmati juadah yang disediakan semasa berbuka puasa.[/caption]

 

Friday, July 4, 2014

Bicara IKRAM Menjengah Ramadan Al Mubarak

Alhamdulillah, pada 28 Jun 2014 yang lalu bertempat di Pejabat IKRAM Daerah Miri telah berlangsung Program Bicara IKRAM. Program yang dianjurkan secara bulanan di Pejabat IKRAM Daerah Miri kali ini membawa topik Lambaian Ramadan, Kekuatan Ummah. Majlis ini telah diisi oleh Yang Berbahagia, al Fadhil Ustaz Ali Fathullah Harun, Mudir Madrasah Al Quran Bintulu.



Program Bicara IKRAM ini merupakan sebuah program keilmuwan dan bicara yang bertujuan untuk mengajak masyarakat bersama-sama dalam mengislahkan kehidupan seharian dengan amal Islam yang soleh. Di samping itu program bulanan ini juga menjadi ruang untuk IKRAM bersama-sama dengan komuniti setempat.




[gallery]

 

Antara intipati utama Bicara IKRAM tersebut ; 

  1. Dalam Al Quran, begitu banyak sekali Allah SWT menceritakan nikmat syurga. Namun mengapa kita masih belum dapat merasai kenikmatan tersebut sehingga kita masih lagi lengah dari mengejarnya?

  2. Dalam Al Quran, begitu banyak sekali Allah SWT mengulangkan ayat yang menggambarkan kedahsyatan hari akhirat. Namun mengapa kita masih belum gerun dan takut sehingga leka dengan kemaksiatan dan kemungkaran?

  3. Justeru Allah SWT turunkan bulan Ramadan. Salah satu sebabnya adalah untuk memudahkan manusia yakni hambaNya meraih keredhaanNya bagi mendapatkan syurgaNya.

  4. Mengapa setiap kali kita membaca ayat-ayat di mana Allah menyeru 'Wahai orang-orang beriman, Wahai orang-orang mukmin" kita masih belum merasai seolah-olah Allah SWT memanggil kita?

  5. Namun apabila kita diuji, menghadapi musibah, tidak semena-mena hati mengingati Allah. Iman menaik sepantasnya. Apakah masalah sebenar kita? Kita sebenarnya belum merasai bahawa kita adalah orang yang beriman.

  6. Pernahkah kita terfikir bahawa kita beriman adalah kerana izin Allah SWT yang memilih kita untuk termasuk dalam kalangan orang beriman? Justeru janganlah kita merasa berjasa dengan keimanan dan keislaman kita. Sewajarnya kita merasai kehinaan dan kelemahan diri bahawa seluruh kehidupan ini kita bergantung sepenuhnya pada ihsan Allah SWT.

  7. Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Menjadikan Sesuatu. Ingatkan kita bagaimana baginda Rasulullah saw menangis dan memohon pada Allah SWT agar diberikan hidayah pada pak ciknya namun sehingga ke akhir hayatnya, Abi Thalib tidak memeluk Islam. Allah Maha Mengetahui siapa yang layak dan siapa sebaliknya untuk menerima hidayah. Justeru apakah kita tidak beruntung?


 

Antara keistimewaan Ramadan al Mubarak

  • Orang yang banyak bangun malam memohon keampunan dari Allah SWT akan diampunkan dosanya.

  • Bau mulut orang yang paling busuk kerana berpuasa adalah seperti bau bunga kasturi.

  • Malaikat siang dan malam memohon pada Allah SWT agar manusia diampunkan dosa-dosanya.

  • Allah SWT menyeru syurga untuk menyambut hamba-hambaNya yang soleh

  • Siapa yang beramal dengan bersungguh-sungguh pada bulan Ramadan maka Allah akan ampunkan dosa-dosanya.


 

Ayuh bersama-sama kita meriahkan dan optimakan Ramadan ini sebagai bulan penyucian hati dan jiwa moga kita meraih keampunanNya dan maghfirahNya. Antara ciri orang muttaqin adalah amalannya berterusan selepas melalui madrasah Ramadan.

 

Friday, October 4, 2013

Forum Kemanusiaan Syria dan Mesir

image



Tajuk   : Forum Kemanusiaan Syria,  Egypt Silence Is Not An Option
Tempat: Surau IKBN, Miri
Hari      : Jumaat
Tarikh   : 6 September 2013
Masa    7 hingga 8 malam
Ahli panel: Dr Tahir Abd Rahman dan M Zulkarnain Jamaluddin

Thursday, July 18, 2013

Marhaban wa Ahlan Ya Ramadhan !!! Perutusan PresidenPertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) “Jadilah diri kamu golongan Rabbaniyyin, bukan golongan Ramadhaniyyin”

السلا م عليكم و ر حمة الله وبر كا ته   Segala puji bagi Allah SWT Pencipta alam semesta, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, kaum keluarga, para sahabat dan para pengikut Baginda sehingga hari kiamat. Bersempena menyambut bulan Ramadan yang mulia tahun 1434 Hijrah ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam yang diberi anugerah umur dan rezeki oleh Allah SWT,  berpeluang menyambut bulan Ramadhan pada kali ini. 
Allah SWT telah memakbulkan doa kita semua sehingga berkesempatan berada di dalamnya.  
Allah SWT berfirman; يأيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنقَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah, 2: 193)  
Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan bukti keterangan dari petunjuk dan pembeza (di antara yang benar dan salah)”.(Al-Baqarah: 185)  
Rasulullah SAW telah bersabda: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan , selamat datang diucapkan “ (HR At Thabrani)  
Walaupun kita merasa gembira dengan kedatangan bulan mulia ini,  namun kita merasa amat sedih dan bersama merasai kesengsaraan yang ditanggung oleh saudara-saudara Islam kita di seluruh dunia terutama terhadap tragedi terkini yang berlaku di Mesir setelah Presiden yang dipilih rakyat secara sah digulingkan. Sempena bulan Ramadhan, bulan tarbiah dan perjuangan ini, IKRAM ingin menegaskan beberapa hal berikut:- 
1.      Menyeru semua kaum muslimin dan muslimat menghayati dan mensyukuri kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan tekad dan azam memperolehi taqwa kerana itulah objektif utama puasa difardhukan. 2.      Mengajak seluruh umat Islam agar mempergandakan amalan kebaikan, ketaatan, dan menghulurkan bantuan kebendaan dan doa kepada faqir miskin dan semua mereka yang memerlukan sama ada di Malaysia atau di luar negara, khususnya di negara-negara yang sedang bergolak seperti di Syria, Mesir dan Rohingya. 3.      IKRAM juga mengajak semua pihak pemerintah dan ketua di peringkat masing-masing agar bertaqwa kepada Allah SWT, menilai dan meneliti setiap amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas kerana amanah tersebut akan dipersoalkan oleh Allah apakah ia telah ditunaikan sebaiknya atau tidak.  Bulan Ramadhan adalah ‘Tetamu Agung’ dijadikan Allah SWT untuk kita menyambutnya sebagaimana selayaknya.  Allah SWT menganugerahkan ‘Malam Lailatul Qadar’ untuk umat ini, satu malam menyamai pahala beribadat lebih seribu bulan yang lain. Semoga rahmat Allah SWT mengiringi kita semua, juga kepada mereka yang berjuang menegakkan ad-Din yang maha suci ini di seluruh dunia.  Percayalah bahawa Islam tetap akan memayungi dunia, menguasainya sekalipun ia dimusuhi dan cahayanya cuba dipadamkan oleh orang-orang kafir.  
Allahu Akbar Walillahilhamd. 
 Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Hj Ahmad 
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 
2 Ramadhan 1434 H

Tuesday, June 18, 2013

EXPLORACE IKRAMTEENS

996852_643368122360019_2014752025_n

 

 

jom sertai


aktiviti yang menyeronokkan buat remaja


teaser ramadhan..

8465_10151664376752948_406815914_n

 

buat yang menantikan aktiviti bersama di bulan penuh barakah....


nantikan

Seminar Kekeluargaan

1011729_584219321608986_214970428_n

 

seminar yang julung-julung kali di adakan dengan penyampai yang mantap lagi berkaliber!


sesuai buat semua jenis lapisan masyarakat, single mahupun yang sudah berumah tangga


jangan lepaskan peluang keemasan ini!