Friday, November 26, 2010

::WACANA WANITA, KELUARGA & KERJAYA::

13 November 2010, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Miri dengan kerjasama JAKIM Bahagian Miri dan BAKIP telah menganjur Seminar Wacana Wanita, Keluarga dan Kerjaya di Audiorium PERONAS, Miri. Seminar bermula pada pukul 8.15 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Seminar ini telah dihadiri oleh 200 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan, baan-badan NGO dan juga orang perseorangan di sekitar Miri

Antara program utama seminar tersebut adalah ucap utama Profesor Madya Dr Harlina Halizah Hj. Siraj berkaitan Mengurus Keseimbangan, Mengutamakan Keluarga; pembentangan berkaitan Wanita dan Kerjaya, Bagaimana Pandangan Syarak oleh Ustazah Hjh Zawiah Hassan; serta forum “ Keseimbangan Keluarga dan Kerjaya” oleh  tiga orang ahli panel iaitu Profesor Madya Dr Harlina Halizah Hj. Siraj, Ustazah Hajah Zawiah Hassan dan Ustaz Zulkifli Ahmad.

Seminar dimulai dengan bacaan Al-Quran dari surah An-Nisa’ ayat 1-5. kemudian diikuti dengan ucap utama  Dr. Harlina, pembentangan kertaskerja oleh Ustazah Hajah Zawiah  dan oleh tiga orang ahli panel yang terdiri dari Dr Harlina dari IKRAM, Pusat Ustazah Hajah Zawiah dari JAKIM  dan Ustaz Zulkifli Ahmad dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.Sebaik selesai forum, peserta wacana telah disajikan dengan  tayangan video korporat  IKRAM. Majlis  diakhiri dengan upacara kemuncak  iaitu  Perasmian Penutupan oleh YB Pn. Rosey Mohd Yunus. ADUN N61, Bekenu.  Majlis perasmian  penutupan  telah dimulakan dengan  ucapan alu-aluan Pn. Balkisnah Shaharuddin, Ketua Wanita IKRAM Daerah Miri,; ucapan oleh Tuan Haji Mohamed Amin bin Abdullah, Pengerusi BAKIP SKO; dan ucapan Perasmian Penutupan oleh YB Pn.Rosey Yunus, ADUN N61 Bekenu.

Dalam ucapan beliau, beliau amat tertarik dengan program ini dan mencadangkan agar program ini diadakan di kawasan Bekenu untuk siri seterusnya kerana ianya merupakan suatu perkongsian yang amat bermakna berdasarkan pengalaman dan realiti kehidupan. Beliau turut menekankan bahawa kepentingan pendidikan dan pengasuhan anak-anak bukanlah untuk hari esok semata-mata tetapi untuk mengubah dunia serta berharap agar wanita hari ini tidak terikat dengan stigma lama iaitu “Perigi Mencari Timba”. Di akhir wacana wanita tersebut, YB Pn. Rosey Mohd Yunus telah sudi melancarkan laman sesawang Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Miri.

Ikuti rakaman lensa IKRAM Miri sepanjang seminar tersebut:

 


Ucap Utama oleh Prof. Madya Dr Harlina Haliza Hj. Siraj


 



Pembentangan oleh Ustazah Hajah Zawiah Hassan dan Ustaz Zulkifli Ahmad


 



Forum “ Keseimbangan Keluarga dan Kerjaya” oleh  tiga orang ahli panel iaitu Profesor Madya Dr Harlina Halizah Hj. Siraj, Ustazah Hajah Zawiah Hassan dan Ustaz Zulkifli Ahmad dan dikendalikan oleh moderator Ustaz Naqzrul Azraf iaitu pegawai JAKIM Daerah Miri.


 



Ucapan Alu-Aluan Wanita IKRAM Daerah Miri Pn. Balkisnah Shaharuddin ketika


Majlis Perasmian Penutupan Wacana Wanita, Keluarga & Kerjaya


 



Ucapan oleh  Pengerusi BAKIP SKO, Tuan Haji Mohamed Amin bin Abdullah


ketika Majlis Perasmian Penutupan Wacana Wanita, Keluarga & Kerjaya





Ucapan Perasmian Penutupan Oleh YB Pn.Rosey Binti Yunus,


Ahli Dewan Undangan Negeri N61 Bekenu


 


 



Pelancaran Laman Sesawang Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Miri


oleh  YB Pn. Rosey Yunus bersama En Amir b. Ismail, YDP IKRAM Miri.





Peserta-peserta yang menghadiri Wacana Wanita, Kerjaya & Keluarga


 

Tuesday, November 2, 2010

::WACANA WANITA, KELUARGA & KERJAYA::

Pertubuhan IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Daerah Miri akan menganjurkan Wacana Wanita, Keluarga & Kerjaya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) seperti butiran berikut :

Tarikh : 13 November 2010


Tempat : Auditorium PETRONAS


Masa : 7.30 pagi - 1.30 petang


TEMPAT ADALAH TERHAD.


Untuk sebarang pertanyaan @ tempahan sila hubungi ;


Balkis (IKRAM Miri,085434830), Ustaz Naqzrul (JAKIM Miri, 085435025) &


Ustaz Mohd Al Amin (BAKIP,085475544)