Friday, October 4, 2013

Forum Kemanusiaan Syria dan Mesir

image



Tajuk   : Forum Kemanusiaan Syria,  Egypt Silence Is Not An Option
Tempat: Surau IKBN, Miri
Hari      : Jumaat
Tarikh   : 6 September 2013
Masa    7 hingga 8 malam
Ahli panel: Dr Tahir Abd Rahman dan M Zulkarnain Jamaluddin

Thursday, July 18, 2013

Marhaban wa Ahlan Ya Ramadhan !!! Perutusan PresidenPertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) “Jadilah diri kamu golongan Rabbaniyyin, bukan golongan Ramadhaniyyin”

السلا م عليكم و ر حمة الله وبر كا ته   Segala puji bagi Allah SWT Pencipta alam semesta, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, kaum keluarga, para sahabat dan para pengikut Baginda sehingga hari kiamat. Bersempena menyambut bulan Ramadan yang mulia tahun 1434 Hijrah ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam yang diberi anugerah umur dan rezeki oleh Allah SWT,  berpeluang menyambut bulan Ramadhan pada kali ini. 
Allah SWT telah memakbulkan doa kita semua sehingga berkesempatan berada di dalamnya.  
Allah SWT berfirman; يأيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنقَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah, 2: 193)  
Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan bukti keterangan dari petunjuk dan pembeza (di antara yang benar dan salah)”.(Al-Baqarah: 185)  
Rasulullah SAW telah bersabda: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan , selamat datang diucapkan “ (HR At Thabrani)  
Walaupun kita merasa gembira dengan kedatangan bulan mulia ini,  namun kita merasa amat sedih dan bersama merasai kesengsaraan yang ditanggung oleh saudara-saudara Islam kita di seluruh dunia terutama terhadap tragedi terkini yang berlaku di Mesir setelah Presiden yang dipilih rakyat secara sah digulingkan. Sempena bulan Ramadhan, bulan tarbiah dan perjuangan ini, IKRAM ingin menegaskan beberapa hal berikut:- 
1.      Menyeru semua kaum muslimin dan muslimat menghayati dan mensyukuri kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan tekad dan azam memperolehi taqwa kerana itulah objektif utama puasa difardhukan. 2.      Mengajak seluruh umat Islam agar mempergandakan amalan kebaikan, ketaatan, dan menghulurkan bantuan kebendaan dan doa kepada faqir miskin dan semua mereka yang memerlukan sama ada di Malaysia atau di luar negara, khususnya di negara-negara yang sedang bergolak seperti di Syria, Mesir dan Rohingya. 3.      IKRAM juga mengajak semua pihak pemerintah dan ketua di peringkat masing-masing agar bertaqwa kepada Allah SWT, menilai dan meneliti setiap amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas kerana amanah tersebut akan dipersoalkan oleh Allah apakah ia telah ditunaikan sebaiknya atau tidak.  Bulan Ramadhan adalah ‘Tetamu Agung’ dijadikan Allah SWT untuk kita menyambutnya sebagaimana selayaknya.  Allah SWT menganugerahkan ‘Malam Lailatul Qadar’ untuk umat ini, satu malam menyamai pahala beribadat lebih seribu bulan yang lain. Semoga rahmat Allah SWT mengiringi kita semua, juga kepada mereka yang berjuang menegakkan ad-Din yang maha suci ini di seluruh dunia.  Percayalah bahawa Islam tetap akan memayungi dunia, menguasainya sekalipun ia dimusuhi dan cahayanya cuba dipadamkan oleh orang-orang kafir.  
Allahu Akbar Walillahilhamd. 
 Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Hj Ahmad 
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 
2 Ramadhan 1434 H

Tuesday, June 18, 2013

EXPLORACE IKRAMTEENS

996852_643368122360019_2014752025_n

 

 

jom sertai


aktiviti yang menyeronokkan buat remaja


teaser ramadhan..

8465_10151664376752948_406815914_n

 

buat yang menantikan aktiviti bersama di bulan penuh barakah....


nantikan

Seminar Kekeluargaan

1011729_584219321608986_214970428_n

 

seminar yang julung-julung kali di adakan dengan penyampai yang mantap lagi berkaliber!


sesuai buat semua jenis lapisan masyarakat, single mahupun yang sudah berumah tangga


jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Sunday, June 9, 2013

akhwat pon bowling

Bowling-get-together-with-sisters

time: sunday 10am

date: 9 june 2013

venue: Bowling Alley Bintang Mall

Imagebukan saja mengerah otot tangan dan kaki (qawiyyul jismi) kita juga berpeluang berukhwah dan berkenalan sesama sisters belia serata miri


Qawiyyul Jismi / قوي الجسم (KUAT JASMANINYA)


"Mu'min yang kuat lebih aku cintai daripada mu'min yang lemah". (Riwayat Muslim)

Saturday, June 8, 2013

10 kebaikan dilihat sebagai 10 kejahatan

“Jadilah pemaaf dan suruhlah mengerjakan yang ma’ruf serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh” (surah al-A’raf: 199 )

“Bukan nak kata orang lain, saya pun manusia jugak.. pernah jugak terasa begitu.. tapi bila sedar itu adalah sikap negatif yang harus dikikis.. saya pun sungguh-sungguh kikis sikap tue supaya tak berkarat dek hasad dengki dan syaitan.. ya! Memang susah nak kikis!! Tapi tak pa.. bila dah tahu cepat-cepat istighfar…..”
[astaghfirullahalazim + urut dada]

Bila kita rasa nak marah, sakit hati dan semua sikap negatif tue muncul maka apa yang kita perlu buat.. kita lihat apa kebaikan yang dia dah buat kat kita bukannya kita terus melihat kejahatannya.. Inshaa-Allah semuanya akan redha dan kembali kepada natural..
[senyum nampak gigi ]

#SayaNakUbahDiriJadiPositif# =.= muhasabah diri

Image