Friday, October 12, 2012

Qiyamullail di Masjid Bekenu

Pada Jumaat 12 Oktober, IKRAM Miri telah mengadakan program qiyamullail di Masjid Bekenu. Program yang disertai oleh sekitar 20 orang ikhwah (lelaki) dari kalangan remaja dan belia ini dihiasi ringkas dengan tilawah Al Quran dan tazkirah pendek. Para ikhwah bangkit di waktu dinihari untuk ibadah solat malam, diikuti dengan solat subuh berjemaah dan seterusnya menyambut pagi dengan alunan zikir mathurat wazifah sughra.

image

Program qiyamullail bulanan ini adalah salah satu pendekatan tarbiyah IKRAM bagi membina iman dan takwa.

Sunday, October 7, 2012

Program Keindahan BersamaMU SMK Lawas Sarawak

PAda 6 dan 7 Oktober 2012, IKRAM Miri melalui para fasilitator IKRAMTeens telah menjalankan program Keindahan BersamaMu (KBM) SMK Lawas di Pusat Latihan Islam JAKIM, Lawas. Alhamdulillah bermula perjalanan KBM pada pagi Sabtu dengan slot Knowing Me Knowing You (KMKY) dengan keceriaan terpancar di kalangan para peserta. Sebelah petangnya peserta bersama-sama dlm slot INTEAM mengimbau perhubungan sahabat. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT terungkai jua kisah-kisah persengketaan antara adik-adik kasih&sayang. Diperingatkan jua mengenai mendoakan sahabat tanpa pengetahuannya satu yg teristimewa. Jom sama-sama kita rancakkan doa-doa kita pada sahabat kita:-)

 

Sebelah malamnya pula slot Meniti Angin Malam (MAM) 1 yang mengimbau hubungan dgn Allah, Rasulullah SAW dan hubungan dengan ibu ayah. Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengurniakan segala kemanisan dalam kehidupan ini. Diikuti dengan MAM 2 yang lebih kepda simulasi kematian yg menjadi peringatan buat semua kerana insan yang bijak itu ialah mereka yg sentiasa ingat akan kematian.

 

Pada pagi Ahad, dijalankan slot Kini & Hijrah buat adik-adik dalam mengekalkan perubahan. Seramai 57 orang pelajar (27 lelaki,27 perempuan) telah menyertai KBM ini.

 

[caption id="attachment_347" align="aligncenter" width="300"] Adik-adik kasih SMK Lawas bersama-sama fasilitator IKRAMTeens[/caption]

Adik-adik sayang


Saturday, October 6, 2012

Seminar Pendidikan Kesihatan : Sihat Itu Indah

Pada 6 Oktober 2012, Pertubuhan Ikram Malaysia cawangan Miri (IKRAM Miri) bersama dengan  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia cawangan Sarawak (Unit Miri) telah menganjurkan Seminar Pendidikan Kesihatan dengan tema Sihat Itu Indah. Program yang telah bertempat di Dewan Auditorium Pustaka Miri ini menampilkan dua orang penceramah iaitu Puan Nur Syuhada Anuar dan Encik Redza Benjamin Rahman. Dua pengisian yang disampaikan oleh mereka berdua dengan tajuk 'Beramal Dengan Diet Rasulullah' dan 'Kekal Sihat Dan Menawan' telah berjaya mengubah perseptif para hadirin berkenaan tuntutan menjaga kesihatan dalam Islam. Moga para hadirin seminar ini mendapat manfaat yang berterusan untuk membina umat Islam yang bersifat syumul, termasuk bercirikan 'qawiyul jism' (kuat jasmaninya).

[caption id="attachment_330" align="aligncenter" width="300"] Bersama Puan Nur Syuhada membuat contoh praktikal[/caption]

Sunday, July 1, 2012

Iftar Kasih Ramadhan 1433H




Ramadhan kian hampir. Berdebar rasanya menantikan kehadiran tetamu agung, hadiah dari Maha Pencipta


Wednesday, May 2, 2012

Mahasiswa Miri Janji Bayar 'Hutang' dengan Rakyat Palestin

[caption id="attachment_287" align="aligncenter" width="300" caption="Mahasiswa Miri bersama Dunia untuk Palestin
Mahasiswi Miri bersama Dunia untuk Palestin"][/caption]


Miri (Ahad)- Sejumlah 160 orang mahasiswa dari institut-insitut pengajian tinggi di Miri telah berjanji untuk menunaikan 'hutang' mereka dengan rakyat Palestin demi mempertahankan tanah suci Islam, Masjid al-Aqsa semasa Program Aqsa@IPT: 'Palestin di Hati Kita' yg dijalankan di Dewan Muhibah, Institut Perguruan Kampus Sarawak (IPGKS).

Tuesday, May 1, 2012

:: BAKAL MENEMUI ANDA!! SEMINAR WANITA IKRAM MIRI 2012: GO HALAL! ::

:::LATEST UPDATE:::



Anda, suami/isteri, rakan-rakan menghadapi dilema mencari produk halal dipasaran? Tidak tahu bagaimana cara mengenali ‘status’ sesuatu produk ?

Anda dialu-alukan untuk menyertai seminar GO HALAL! Jangan lepaskan peluang ini!

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya promosi produk-produk halal tempatan dan disediakan informasi berkaitan produk-produk halal dan lain-lain lagi program komuniti