Wednesday, December 22, 2010

::Islam Itu Indah::

Antara tanda-tanda keindahan Islam ialah, ia mengajar umatnya berakhlak mulia dan memelihara tingkah laku agar sentiasa berkelakuan baik walau di mana jua, ketika berinteraksi dengan siapa saja. Contoh-contoh: 1. Adab dengan ibu bapa. Allah telah berfirman dalam kitab suci-Nya (maksudnya): “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Isra’ 17: 23-24) Anak-anak dituntut menghormati ibu bapa, berbakti kepada mereka, mengasihi mereka dan tidak menyakiti mereka dengan apa cara sekalipun, sama ada dengan perbuatan, perkataan atau dengan memek muka sekalipun. Hadapilah mereka dengan wajah yang manis dan ceria. Jangan palingkan muka ke arah lain ketika bercakap dengan mereka. Ketika makan bersama jangan ambil makanan dahulu daripada mereka dan jangan memasuki kamar mereka sebelum meminta izin terlebih dahulu. 2. Adab dengan ahli keluarga yang lain. Ahli keluarga yang terdiri daripada adik-beradik, bapa dan ibu saudara, sepupu-sepupu dan seterusnya adalah sebahagian daripada darah daging kita juga. Lantaran itu Allah perintahkan mukmin supaya tidak mengabaikan ahli keluarga. Firman-Nya bermaksud: “Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka kerana menunggu rezeki daripada Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.” (Al-Isra’ 17: 26, 27, 28) Mereka yang diberi rezeki berlebihan hendaklah membantu ahli keluarga sama ada keluarga jauh atau dekat yang kurang berkemampuan. Jika tidak mampu memberi pertolongan dengan harta, maka eratkan tali persaudaraan dengan budi bahasa dan tutur kata yang baik. 3. Adab dengan isteri. Suami adalah ketua dan pelindung keluarga. Sebagai ketua, suami hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik dalam pergaulan dengan isteri dan seluruh isi rumahnya. Allah memerintahkan para suami dengan firman-Nya yang bermaksud: “…dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisa’ 4: 19) Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menjelaskan lagi bahawa apa saja kebaikan yang dilakukan oleh seorang suami terhadap isteri dan ahli keluarga akan diberi pahalah. Dalam sopotong hadis yang disampaikan oleh ‘Aamir bin Sa’ad daripada ayahnya, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda maksudnya, “...dan engkau tidak mengeluarkan nafkah sedikit pun dengan hati yang ikhlas mengharap keredhaan Allah kecuali akan diberi pahala sehinggakan sesuap makanan yang kamu hulurkan ke mulut isterimu…” (Al-Bukhari) Apa yang dapat digambarkan melalui hadis ini ialah suami diberi pahala untuk nafkah yang dikeluarkan dan kemesraan yang ditunjukkan pada isterinya dengan menyuap makanan ke mulutnya. Apa yang diungkapkan dalam sabda baginda tidak hanya tinggal sabda. Baginda sendiri menunjukkan contoh betapa baiknya layanan yang diberikan kepada isteri-isteri baginda. Anas bin Malik radiallahu anhu menceritakan, ketika Nabi sallallahu alaihi wasallam berada di salah sebuah rumah isteri-isteri baginda, isteri yang lain menghantar sepinggan makanan. Isteri tempat baginda berada itu telah menepis tangan baginda sehingga pinggan yang dipegangnya terjatuh lalu pecah. Baginda mengutip pinggan yang pecah itu dan mencantumkannya, lalu diletakkan semula makanan yang tumpah sambil bersabda, “Ibu kamu itu cemburu. Makanlah makanan ini!” Maka mereka pun makan. Isterinya membawakan pinggan lain yang ada di rumahnya lalu diberikan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sebagai ganti pinggan yang pecah tadi…” (Ibn Majah) 4. Adab dengan anak-anak. Islam bukan saja mengajar anak-anak supaya menghormati dan berbuat baik kepada orang yang lebih tua. Sebaliknya orang tua juga mesti menghormati anak-anak dan melayani mereka dengan baik. Banyak hadis sahih yang diriwayatkan oleh pada muhaddithin menunjukkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam begitu mengambil berat dalam melayani kanak-kanak yang masih kecil. Anas bin Malik radiallahu anhu menceritakan, ketika beliau berjalan bersama Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, mereka terserempak dengan beberapa orang kanak-kanak. Maka Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memberi salam kepada kanak-kanak itu. (Al-Bukhari) Ummu Khalid binti Khalid bin Sa’id menceritakan bahawa ketika beliau masih kecil ayahnya membawanya bertemu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Baginda memakaikannya baju berwarna kuning dan bersabda, “Cantik, cantik.” Kemudian beliau menghampiri baginda sambil bermain-main dengan cincin yang dipakai oleh baginda. Ayahnya melarang berbuat demikian, tetapi baginda berkata kepada ayahnya, “Biarkanlah dia.” (Al-Bukhari) Semua itu hanyalah sekadar contoh. Hakikatnya, adab yang diajarkan merangkumi semua aspek, termasuklah adab dengan haiwan dan makhluk-makhluk lain sama ada makhluk bernyawa atau tidak bernyawa. Semua itu menjadi bukti bahawa Islam adalah agama yang indah. Betapa tidak? Ia diturunkan oleh Yang Maha Indah, yang suka kepada keindahan. Abdullah bin Mas’ud radiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: إن الله جميل يحب الجمال Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik. Dia sukakan kecantikan.” (Muslim) 

Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

"Ukhuwuah Teras Kegemilangan"

 

Dipetik daripada; http://www.malaysiaharmoni.com/

Friday, November 26, 2010

::WACANA WANITA, KELUARGA & KERJAYA::

13 November 2010, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Miri dengan kerjasama JAKIM Bahagian Miri dan BAKIP telah menganjur Seminar Wacana Wanita, Keluarga dan Kerjaya di Audiorium PERONAS, Miri. Seminar bermula pada pukul 8.15 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Seminar ini telah dihadiri oleh 200 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan, baan-badan NGO dan juga orang perseorangan di sekitar Miri

Antara program utama seminar tersebut adalah ucap utama Profesor Madya Dr Harlina Halizah Hj. Siraj berkaitan Mengurus Keseimbangan, Mengutamakan Keluarga; pembentangan berkaitan Wanita dan Kerjaya, Bagaimana Pandangan Syarak oleh Ustazah Hjh Zawiah Hassan; serta forum “ Keseimbangan Keluarga dan Kerjaya” oleh  tiga orang ahli panel iaitu Profesor Madya Dr Harlina Halizah Hj. Siraj, Ustazah Hajah Zawiah Hassan dan Ustaz Zulkifli Ahmad.

Seminar dimulai dengan bacaan Al-Quran dari surah An-Nisa’ ayat 1-5. kemudian diikuti dengan ucap utama  Dr. Harlina, pembentangan kertaskerja oleh Ustazah Hajah Zawiah  dan oleh tiga orang ahli panel yang terdiri dari Dr Harlina dari IKRAM, Pusat Ustazah Hajah Zawiah dari JAKIM  dan Ustaz Zulkifli Ahmad dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.Sebaik selesai forum, peserta wacana telah disajikan dengan  tayangan video korporat  IKRAM. Majlis  diakhiri dengan upacara kemuncak  iaitu  Perasmian Penutupan oleh YB Pn. Rosey Mohd Yunus. ADUN N61, Bekenu.  Majlis perasmian  penutupan  telah dimulakan dengan  ucapan alu-aluan Pn. Balkisnah Shaharuddin, Ketua Wanita IKRAM Daerah Miri,; ucapan oleh Tuan Haji Mohamed Amin bin Abdullah, Pengerusi BAKIP SKO; dan ucapan Perasmian Penutupan oleh YB Pn.Rosey Yunus, ADUN N61 Bekenu.

Dalam ucapan beliau, beliau amat tertarik dengan program ini dan mencadangkan agar program ini diadakan di kawasan Bekenu untuk siri seterusnya kerana ianya merupakan suatu perkongsian yang amat bermakna berdasarkan pengalaman dan realiti kehidupan. Beliau turut menekankan bahawa kepentingan pendidikan dan pengasuhan anak-anak bukanlah untuk hari esok semata-mata tetapi untuk mengubah dunia serta berharap agar wanita hari ini tidak terikat dengan stigma lama iaitu “Perigi Mencari Timba”. Di akhir wacana wanita tersebut, YB Pn. Rosey Mohd Yunus telah sudi melancarkan laman sesawang Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Miri.

Ikuti rakaman lensa IKRAM Miri sepanjang seminar tersebut:

 


Ucap Utama oleh Prof. Madya Dr Harlina Haliza Hj. Siraj


 



Pembentangan oleh Ustazah Hajah Zawiah Hassan dan Ustaz Zulkifli Ahmad


 



Forum “ Keseimbangan Keluarga dan Kerjaya” oleh  tiga orang ahli panel iaitu Profesor Madya Dr Harlina Halizah Hj. Siraj, Ustazah Hajah Zawiah Hassan dan Ustaz Zulkifli Ahmad dan dikendalikan oleh moderator Ustaz Naqzrul Azraf iaitu pegawai JAKIM Daerah Miri.


 



Ucapan Alu-Aluan Wanita IKRAM Daerah Miri Pn. Balkisnah Shaharuddin ketika


Majlis Perasmian Penutupan Wacana Wanita, Keluarga & Kerjaya


 



Ucapan oleh  Pengerusi BAKIP SKO, Tuan Haji Mohamed Amin bin Abdullah


ketika Majlis Perasmian Penutupan Wacana Wanita, Keluarga & Kerjaya





Ucapan Perasmian Penutupan Oleh YB Pn.Rosey Binti Yunus,


Ahli Dewan Undangan Negeri N61 Bekenu


 


 



Pelancaran Laman Sesawang Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Miri


oleh  YB Pn. Rosey Yunus bersama En Amir b. Ismail, YDP IKRAM Miri.





Peserta-peserta yang menghadiri Wacana Wanita, Kerjaya & Keluarga


 

Tuesday, November 2, 2010

::WACANA WANITA, KELUARGA & KERJAYA::

Pertubuhan IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Daerah Miri akan menganjurkan Wacana Wanita, Keluarga & Kerjaya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) seperti butiran berikut :

Tarikh : 13 November 2010


Tempat : Auditorium PETRONAS


Masa : 7.30 pagi - 1.30 petang


TEMPAT ADALAH TERHAD.


Untuk sebarang pertanyaan @ tempahan sila hubungi ;


Balkis (IKRAM Miri,085434830), Ustaz Naqzrul (JAKIM Miri, 085435025) &


Ustaz Mohd Al Amin (BAKIP,085475544)



Monday, October 4, 2010

~MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 1431H~

26 Oktober 2010, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Miri telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 1431Hijrah dengan kerjasama bersama Surau Darul Ikhwan Jabatan Laut Sarawak Miri. Kemeriahan majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Temenggong Miri , Ketua Penolong Pengarah Jabatan Laut Sarawak Miri, YDP IKRAM Miri, keluarga Jabatan Laut Sarawak Miri bersama jua warga IKRAM Miri.

Majlis dimulakan dengan bacaan al Quran, diikuti dengan tazkirah Syawal oleh al-fadil Ustaz Muammar Ghadafi, memberikan sentuhan tersendiri. Majlis Ramah Tamah Aidilifitri diserikan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Surau Darul Ikhwan dan diikuti dengan ucapan oleh Yang Dipertua IKRAM Daerah Miri. Penyampaian cenderahati kepada anak-anak warga Jabatan Laut Sarawak Miri sempena program Tadarus Al-Quran Ramadhan disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Laut Sarawak Miri dan cenderahati kepada al-fadil Ustaz Muammar Ghadafi oleh Yang Berbahagia Temenggong. Pengakhiran majlis ialah jamuan yang penuh nikmat juadah yang disediakan bersama. Mudah-mudahan apa yang dilakukan dapat eratkan ukhuwah yang telah terjalin dan mendapat redha Allah SWT.

Ikuti rakaman lensa IKRAM Miri sepanjang majlis ;


Bacaan al-Quran & terjemahan permulaan Majlis





Perkongsian oleh al-fadil Ustaz Muammar Ghadafi





Kelihatan YDP IKRAM Miri bersama-sama Yang Berbahagia Temenggong Miri dan akhi Suhaili





Ketua Penolong Pengarah menyampaikan cenderahati kepada peserta Tadarus Al-Quran Ramadhan


 



Antara tetamu yang memeriahkan majlis


 


 



YDP IKRAM Miri bersama tetamu yang hadir


 



Menjamu selera dengan pelbagai hidangan


 




 



Wajah-wajah keriangan dan kesyukuran yang jelas kelihatan


 



Majlis Ramah Tamah Aidilfitri eratkan silaturrahim, kukuhkan ukhuwah

Tuesday, September 14, 2010

::SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431 HIJRAH::



Yang Dipertua & Seluruh Ahli PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) DAERAH MIRI


mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431Hijrah, MAAF ZAHIR & BATIN

Wednesday, September 1, 2010

SEMARAK RAMADHAN; "IKRAM PRIHATIN"

IKRAM Daerah Miri di bawah projek "IKRAM PRIHATIN" sempena SEMARAK RAMADHAN 1431Hijrah telah menganjurkan lawatan ke Hospital Miri dengan kerjasama JAKIM Miri dan lawatan ke rumah fakir miskin sekitar kawasan Miri. Lawatan ini telah dilaksanakan pada 22 Ogos 2010 dan alhamdulillah ia dilaksanakan jayanya dengan izin Allah SWT. Ikuti rakaman lensa IKRAM Daerah Miri sepanjang projek "IKRAM PRIHATIN"..


Ketua Wanita IKRAM Daerah Miri; menyediakan barangan IKRAM PRIHATIN




Barangan IKRAM PRIHATIN




Kurma projek IKRAM PRIHATIN oleh IKRAM Daerah Miri




YDP IKRAM Daerah Miri bersama akhi Meor dan Ustaz Muhammad Naqzrul Azraf bin Mohd Nazarludin Pegawai JAKIM Cawangan Sarawak Unit Miri




Antara akhowat yang hadir dalam lawatan ke Hospital Miri




Ustaz Naqzrul bertanyakan khabar kepada salah seorang ibu pesakit di wad kanak-kanak




Antara ikhwah yang bersama-sama dalam lawatan ke Hospital Miri




Doa kepada Yang Maha Esa agar disembuhkan penyakit adik ni

Wednesday, August 25, 2010

::IFTAR JAMAIE IKRAM DAERAH MIRI::

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dikongsikan lensa IKRAM Daerah Miri sempena IFTAR JAMAIE pada 15 Ogos 2010 (Ahad) yang lepas.


Pengisian "Semarak Ramadhan" oleh Ustaz Juhari




YDP IKRAM Miri bersama ikhwah yang hadir




Antara Ikhwah yang hadir




Akhowat yang sama-sama hadir




Pengisian oleh Akhi Abdul Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Tarbiyah IKRAM Perak

Tuesday, August 24, 2010

Kem Aulad Bestari Ramadhan IKRAM Daerah Miri

IKRAM Daerah Miri akan menganjurkan Kem Aulad Bestari Ramadhan dengan kerjasama SK Anchi, MIRI pada  :

28 Ogos 2010 (Sabtu)


3.00 ptg - 7.30 mlm


Pelaburan Ibu Bapa RM 10


Ibu Bapa dijemput berbuka puasa jam 6.00 petang


Tuesday, August 10, 2010

::PERUTUSAN RAMADHAN PRESIDEN IKRAM::

Perutusan Ramadhan Presiden IKRAM


بسم الله الرحمن الرحيم ...... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .


Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya , melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah ………..Amin!

Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia, anggota keluarga mereka , seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t , memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan Ummah yang kita sayangi.

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang dipenuhi keberkatan, semulia-mulia bulan. Di dalamnya diperturunkan al-Quran, dimenangkan Ummah menerusi peperangan Badr al-kubra, al-Yarmuk, al-Qadisiah, al-Hattin dan lain-lain lagi. Ia mengandungi sebaik-baik malam , yaitu malam lailatul qadar, yang lebih baik dari seribu bulan.

Ia bulan yang membuka ruang kepada semua Umat Islam untuk mempergandakan amal-amal soleh, ketaatan kepada Allah, yang akan mempergandakan pahala balasan amalan-amalan yang wajib sebanyak tujuh puluh kali ganda dan amal-amal sunat kepada pahala balasan amal-amal yang fardhu dan wajib. Satu gandaan yang amat luar biasa yang dibawa atau yang terkandung bersama-sama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Sepanjang bulan Ramadhan masyarakat Islam dituntut melaksanakan ibadah puasa , membayar zakat fitrah, mereka keluar beramai-ramai melaksanakan sembahayang fardhu dan sunat tarawikh secara berjamaah di masjid-masjid dan surau-surau, memakmurkan rumah-rumah Allah s.w.t dan bulan Ramadhan dengan kegiatan-kegiatan membaca al-Quraan, i’tikaf sepanjang sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, menghidupkan malam-malamnya dengan sembahyang-sembahyang sunat tahajud, witir dan seumpamanya, mengingati Allah s.w.t dengan memperbanyakkan tasbih ,tahmid, istighfar, taubah, berdoa dengan doa-doa yang ma’athur , munajat, merenung kandungan kitabnya dan keajaiban alam semesta, mendalami sirah RasulNya dan memahami perutusan-perutusan dari sunnah-sunnah baginda, sejarah umat manusia, para-para Nabi dan Rasul dan pengikut-pengikut mereka, nasib kaum-kaum yang ingkar kepada perintah Allah, alam akhirat, kematian dan untung nasib manusia sesudahnya.

Menerusi ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan kita dituntut mengekang hawa nafsu minum dan makan serta mencampuri Isteri di waktu siang, mengasuh diri bersabar, menahan marah, menjaga lidah dan kehormatan peribadi sebagai orang Islam yang mulia, bersopan santun, sentiasa menghulurkan khidmat dan bantuan kepada golongan yang memerlukannya, berderma dan bersedekah, merasai sendiri kesedihan dan kepayahan, kelaparan dan kekurangan yang ditanggung selama ini oleh golongan fakir miskin, anak-anak yatim, golongan cacat dan tidak berupaya untuk menyara atau mengurus diri sendiri atau keluarga mereka.

Bulan Ramadhan merupakan bulan pembersihan jiwa daripada pelbagai penyakit-penyakit batin dan pembersihan diri daripada perilaku-perilaku yang buruk. Bulan yang sepatutnya kepada pejuang-pejuang Islam menyuburkan keinsafan dalam diri, kesabaran menghadapi cabaran-cabaran, keazaman mendokong Islam, ketaatan kepada Allah, kerinduan kepada al-Rasul s.a.w dan sahabat-sahabat baginda yang telah berkorban untuk Islam dengan setinggi-tinggi pengorbanan.

Dalam suasana bulan Ramadhan, mereka meredah sahara, gurun yang luas, jurang yang dalam, bukit bukau yang tinggi, di bawah panahan cahaya panas terik matahari mereka memikul panji-panji tauhid untuk dikibarkan di seluruh pelusuk semenanjung Arabia, menyempurnakan satu misi alami, insani yang amat mulia yang kemudiannya disempurnakan oleh para sahabat baginda.

Gunakanlah kesempatan yang masih lagi Allah berikan kepada kita semua menerusi bulan Ramadhan yang akan tiba beberapa hari lagi ini untuk memperbanyakkan amal-amal soleh, mentaati Allah s.w.t, menabur bakti kepada orang-orang yang memerlukan , terutama kepada lingkungan yang hampir dengan kita, anggota keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, kenalan dan rakan-rakan.

Jadikanlah bulan Ramadhan ini, bulan kita memperteguhkan hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan silatul al-rahmi dengan anggota keluarga yang dekat dan jauh, sanak saudara, jiran tetangga, rakan-rakan dan saudara –saudara seperjuangan, sesama ahli-ahli pertubuhan IKRAM dan masyarakat Islam.

Bulan Ramadhan, sewaktu dimanfaatkan sepenuhnya mampu mengasuh diri dan peribadi kita semua, mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi dan sempurna, menjadikan semua kita golongan yang hampir, dekat kepada Allah s.w.t dan manusia, diri dan peribadi yang mengasihi Allah dan dikasihinya, disayangi manusia dan menyayanginya.

Semoga bulan Ramadhan pada tahun hijrah 1431 ini akan mengangkat kita semua ke darjat golongan-golongan ummah yang bertakwa, memiliki bekalan perjalanan kehidupan yang terbaik dalam pengembaraan masing-masing merentasi kehidupan sementara di dunia yang fana’ ini. Dengan itu kita akan mencapai matlamat daripada ibadah berpuasa, memperolehi bekalan taqwa yang merupakan sebaik-baik bekalan disisi Allah s.w.t.

Allah s.w.t telah berfirman didalam al-Quran: ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون " "

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu ( ibadah ) puasa sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu mejadi orang-orang yang bertaqwa “ { surah al-Baqarah, ayat 183)

Firmannya lagi: وتزودوا فان خير الزاد التقوى "

“ Maksudnya: “ Sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah sifat al-taqwa “ { Surah al-baqarah, ayat 197 )

Ahli-ahli pertubuhan IKRAM diharapkan akan memperolehi bekalan al-taqwa tersebut menerusi penghayatan bulan ramadhan sebaik-baiknya, memperbanyakkan amal-amal soleh. Mudah-mudahan ia akan mengangkat mereka maju dan mara melonjakkan wahana IKRAM dan perjuangan Islam menerusinya ke tahap yang lebih tinggi, meninggalkan kesan baik dan membina yang lebih besar dan luas kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.

Akhirnya sebagai penutup, bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati perutusan Nabi kita Muhammad s.a .w menerusi hadis baginda :

Rasulullah telah berucap di hari-hari terakhir bulan Syaaban kepada sahabat-sahabat baginda: " أيها الناس : قد أظلكم شهر عظيم مبارك , شهر فيه ليلة خير من ألف شهر, شهر جعل الله صيامه فريضة وقيام ليله تطوعا , من تقرب فيه بخصلة كان كمن أدى فريضة فيما سواه , ومن أدى فريضة فيه كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه , وهو شهر الصبر , والصبر ثوابه الجنة , وشهر المواساة وشهر يزاد فى رزق المؤمن فيه , من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار , وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء . قالوا : يا رسول الله , ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يعطى الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة أو شربة ماء أو مذقة لبن . وهو شهر أوله رحمة , وأوسطه مغفرة, وآخره عتق من النار, من خفف فيه عن مملوكه غفر الله له وأعتقه من النار, فاستكثروا فيه من أربع خصال: خصلتين ترضون بهما ربكم, وخصلتين لا غناء بكم عنهما, فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم : فشهادة أن لا اله الا الله , وتستغفرونه, وأما الخصلتان اللتان لا غناء بكم عنهما : فتسألون الله الجنة وتعوذون به من النار, ومن سقا صائما سقاه الله من حوضى شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

" Maksudnya: “ Wahai manusia ! Kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah.

Sesiapa yang menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan.

Ia bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman bertambah. Sesiapa yang menyediakan makanan kepada seseorang yang berbuka puasa , tindakan itu akan mengampuni dosa-dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”.

Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa”. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala saperti itu kepada seseorang yang menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu ….

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah pengampunan dan hujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan daripada hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta membebaskannya daripada api neraka. Perbanyakkanlah sepanjang (bulan Ramadhan) 4 kegiatan: 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah s.w.t, 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya: Adapun 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah, maka ia adalah ucapan syahadah: “ bahawa tiada tuhan melainkan Allah” dan kamu memohon keampunan daripadanya.

Adapun 2 kegiatan yang kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia adalah: “ kamu memohon ( balasan ) syurga serta kamu meminta perlindungannya daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minuman daripada kolah airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasukki syurga” (Riwayat ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya)

Sekian sahaja dahulu, semoga Allah menerima semua amalan kita sepanjang bulan Ramadan ini dan seluruh amalan kita sepanjang kehidupan kita semua.

Selamat berpuasa.

Wassalamualaikum

Ust Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad

Presiden IKRAM

28 Shaaban 1431H

9 Ogos 2010

Friday, July 30, 2010

MAJLIS PELANCARAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)


KUALA LUMPUR - Di hadapan lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli, tetamu khas, petugas media serta para pemerhati dari dalam dan luar negara, sebuah gerakan Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dilancarkan pagi tadi. Majlis bersejarah tersebut berlangsung di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan dekat sini.


Sungguhpun IKRAM nama baharu dalam dunia gerakan Islam di negara ini, ia bukanlah pertubuhan (NGO) yang baru hendak bertatih. IKRAM lahir hasil gabungan ahli daripada lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang ditubuhkan Februari lalu menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.


* sumber daripada http://www.ikram.org.my/


::Rakaman Lensa IKRAM Miri sekitar Majlis Pelancaran PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)::


Antara hadirin seramai 5,000 yang hadir pada Majlis Pelancaran IKRAM MALAYSIA





Antara Ahli DPN yang hadir






PRESIDEN IKRAM MALAYSIA ketika menyampaikan UCAPTAMA PELANCARAN IKRAM






Kumpulan Nasyid SAFF ONE menyanyikan LAGU IKRAM








Hadirin ketika menyanyikan LAGU IKRAM dengan penuh semangat







YDP IKRAM Miri bersama dengan ikhwah daripada SARAWAK










YDP IKRAM Miri bersama dengan Ustaz Dr Zawawi Ali






YDP IKRAM Miri bersama dengan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi AQSA SYARIF




Suasana yang berlangsung di sekitar ruang legar yang menempatkan jualan







Saturday, July 24, 2010

Rakaman Mesyuarat AQSA SYARIF di Surau Sinar Islam

Lensa IKRAM MIRI merakamkan perjalanan Mesyuarat AQSA SYARIF & DAKWAH UMUM IKRAM Daerah Miri yang bertempat di Surau Sinar Islam Kampung Pulau Melayu, MIRI. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi AQSA SYARIF Daerah MIRI Pak Mustapha Erol. Ikuti rakaman lensa mesyuarat berkenaan..


Pengerusi AQSA SYARIF Miri mempengerusikan mesyuarat bersama YDP IKRAM MIRI





Pak Mustapha Erol PENGERUSI AQSA SYARIF MIRI





Suasana ketika mesyuarat berlangsung





Ikhwah & Akhowat yang hadir





Perbincangan semasa mesyuarat

Wednesday, July 21, 2010

::rakaman lensa Siri Ceramah Palestin bersama Aktivis Flotilla Pembebasan LL4G::

Lensa IKRAM Miri merakamkan detik-detik siri ceramah Palestin bersama Aktivis Flotilla Pembebasan Life Line For Gaza (LL4G) Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus di sekitar MIRI. Ikuti perjalanan siri ceramah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunuz "WIRA NEGARA"


Yang Berbahagia Ustaz Hasanuddin ketika menyampaikan ceramah "Memahami Isu Palestin"


di Masjid Darul Ehsan, PIASAU MIRI





Perkongsian Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus di SMK Agama, MIRI




Bicara aktivis LL4G bersama PUTERA & PUTERI di SMK Agama, MIRI





Peserta Muslimin TERUJA mendengar perkongsian Ustaz Hasanuddin





Para pelajar MUSLIMAH yang bersama-sama dalam ceramah "Memahami Isu PALESTIN"






YDP IKRAM Daerah MIRI bersama-sama hadirin dalam ceramah


Ustaz Hasanuddin di Masjid Darul Istiqamah, Kampung Luak





Perkongsian Ustaz Hasanuddin di Masjid Darul Istiqamah





JEMAAH MASJID yang sama-sama hadir dalam ceramah "Memahami Isu PALESTIN" di Luak