Saturday, October 6, 2012

Seminar Pendidikan Kesihatan : Sihat Itu Indah

Pada 6 Oktober 2012, Pertubuhan Ikram Malaysia cawangan Miri (IKRAM Miri) bersama dengan  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia cawangan Sarawak (Unit Miri) telah menganjurkan Seminar Pendidikan Kesihatan dengan tema Sihat Itu Indah. Program yang telah bertempat di Dewan Auditorium Pustaka Miri ini menampilkan dua orang penceramah iaitu Puan Nur Syuhada Anuar dan Encik Redza Benjamin Rahman. Dua pengisian yang disampaikan oleh mereka berdua dengan tajuk 'Beramal Dengan Diet Rasulullah' dan 'Kekal Sihat Dan Menawan' telah berjaya mengubah perseptif para hadirin berkenaan tuntutan menjaga kesihatan dalam Islam. Moga para hadirin seminar ini mendapat manfaat yang berterusan untuk membina umat Islam yang bersifat syumul, termasuk bercirikan 'qawiyul jism' (kuat jasmaninya).

[caption id="attachment_330" align="aligncenter" width="300"] Bersama Puan Nur Syuhada membuat contoh praktikal[/caption]

2 comments:

  1. Alhamdulillah...banyak manfaat daripada seminar ini. Walau banyak sumber maklumat atau rujukan di luar sana untuk mengecapi keindahan hidup sihat, namun ilmu daripada mereka yang pakar sebegini amat bernilai. InsyaAllah, sama-sama kita amalkannya. Amat rugi bagi mereka yg tidak mengisi pagi mereka semalam dgn menimba ilmu kesihatan BioDiet ini. Semoga mereka yang hadir dapat menyampaikan/berkongsi ilmu yg diperoleh kpd mereka yg tidak berpeluang hadir.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah IKRAM Miri akan menyusuli siri seminar pendidikan kami dengan pelbagai topik lain dalam kerangka mempromosi cara hidup Islam yang syumul. Anda boleh juga menyertai kuliah dwi mingguan kami, Bicara IKRAM di pejabat kami di Lorong Epal 4, Pujut 1B pada setiap Selasa minggu pertama dan ketiga. yang menampilkan pelbagai topik menarik.

    ReplyDelete