Pada Jumaat 12 Oktober, IKRAM Miri telah mengadakan program qiyamullail di Masjid Bekenu. Program yang disertai oleh sekitar 20 orang ikhwah (lelaki) dari kalangan remaja dan belia ini dihiasi ringkas dengan tilawah Al Quran dan tazkirah pendek. Para ikhwah bangkit di waktu dinihari untuk ibadah solat malam, diikuti dengan solat subuh berjemaah dan seterusnya menyambut pagi dengan alunan zikir mathurat wazifah sughra.

Program qiyamullail bulanan ini adalah salah satu pendekatan tarbiyah IKRAM bagi membina iman dan takwa.
No comments:
Post a Comment