Sunday, October 7, 2012

Program Keindahan BersamaMU SMK Lawas Sarawak

PAda 6 dan 7 Oktober 2012, IKRAM Miri melalui para fasilitator IKRAMTeens telah menjalankan program Keindahan BersamaMu (KBM) SMK Lawas di Pusat Latihan Islam JAKIM, Lawas. Alhamdulillah bermula perjalanan KBM pada pagi Sabtu dengan slot Knowing Me Knowing You (KMKY) dengan keceriaan terpancar di kalangan para peserta. Sebelah petangnya peserta bersama-sama dlm slot INTEAM mengimbau perhubungan sahabat. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT terungkai jua kisah-kisah persengketaan antara adik-adik kasih&sayang. Diperingatkan jua mengenai mendoakan sahabat tanpa pengetahuannya satu yg teristimewa. Jom sama-sama kita rancakkan doa-doa kita pada sahabat kita:-)

 

Sebelah malamnya pula slot Meniti Angin Malam (MAM) 1 yang mengimbau hubungan dgn Allah, Rasulullah SAW dan hubungan dengan ibu ayah. Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengurniakan segala kemanisan dalam kehidupan ini. Diikuti dengan MAM 2 yang lebih kepda simulasi kematian yg menjadi peringatan buat semua kerana insan yang bijak itu ialah mereka yg sentiasa ingat akan kematian.

 

Pada pagi Ahad, dijalankan slot Kini & Hijrah buat adik-adik dalam mengekalkan perubahan. Seramai 57 orang pelajar (27 lelaki,27 perempuan) telah menyertai KBM ini.

 

[caption id="attachment_347" align="aligncenter" width="300"] Adik-adik kasih SMK Lawas bersama-sama fasilitator IKRAMTeens[/caption]

Adik-adik sayang


No comments:

Post a Comment