Wednesday, May 2, 2012

Mahasiswa Miri Janji Bayar 'Hutang' dengan Rakyat Palestin

[caption id="attachment_287" align="aligncenter" width="300" caption="Mahasiswa Miri bersama Dunia untuk Palestin
Mahasiswi Miri bersama Dunia untuk Palestin"][/caption]


Miri (Ahad)- Sejumlah 160 orang mahasiswa dari institut-insitut pengajian tinggi di Miri telah berjanji untuk menunaikan 'hutang' mereka dengan rakyat Palestin demi mempertahankan tanah suci Islam, Masjid al-Aqsa semasa Program Aqsa@IPT: 'Palestin di Hati Kita' yg dijalankan di Dewan Muhibah, Institut Perguruan Kampus Sarawak (IPGKS).



[caption id="attachment_289" align="alignnone" width="300" caption="Mus'ab Muzahar dalam Slot 'Ada Apa dengan Palestin?'"][/caption]

Dalam sesi penerangan 'Ada Apa Dgn Palestin?', penyampai jemputan Saudara Muhammad Mus'ab Muzahar (21 tahun) telah mengingatkan para peserta kepentingan Masjid Al-Aqsa serta kawasan yg di sekitarnya telah diberkahi oleh Allah SWT. Ia juga merupakan tanah suci umat Islam seperti dua tanah haram, Masjidil Haram dan Masjid an-Nabawi, yang wajib dibebaskan dan dipertahankan oleh semua umat Islam,bukan sahaja tanggungjawab orang-orang Arab. Maka, umat Islam sebenarnya setiap masa berhutang kepada rakyat Palestin. Beliau juga menekankan bahawa isu tersebut haruslah dilihat sebagai suatu isu kemanusian yang sepatutnya diambil cakna oleh masyarakat, tidak kira agama, bangsa, sosio-ekonomi dan sebagainya.

Program tersebut dianjurkan oleh Aqsa Syarif Daerah Miri dgn kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Persatuan Guru-Guru Pendidikan Islam (PGPI) IPGKS. Ia bertujuan membangkitkan kesedaran isu Palestin di kalangan mahasiswa di Miri dan dengan semangat dan kefahaman sebenar tentang isu tersebut, Aqsa Syarif yakin mereka bakal menjadi tenaga yang berupaya menggerakkan perjuangan Palestin di Miri. Sehubungan dengan itu, seramai 63 org mahasiswa telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Aqsa Syarif Miri bagi menyumbangkan tenaga, bakat serta kemampuan untuk menyebarkan kesedaran di kalangan masyarakat Miri.

[caption id="attachment_290" align="alignnone" width="240" caption="Sukarelawan Rose of Al-Aqsa dengan Pameran Projek Rose-2-Rose"][/caption]

[caption id="attachment_291" align="alignnone" width="240" caption="Ahli-Ahli JPP, IPGKS yang Berdedikasi"][/caption]

Saudara Mus'ab merupakan pelajar tahun dua jurusan Sains Sosial serta Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).  Beliau juga merupakan aktivis Aqsa Syarif memang sudah sinonim dengan penyampaian-penyampaian umum berkaitan dengan isu Palestin.serta kemanusiaan sejagat. Selain dilantik sebagai Pengarah Malaysian Youth On Gaza (MYGaza) Mission, beliau juga pernah mewakili Malaysia dalam ‘Asia Pacific Community Conference for Palestine’ di Pusat Konvensyen Jakarta.

Di samping itu, penyampai jemputan turut berkongsi peranan yang boleh dimainkan oleh mahasiswa dalam slot ‘IPT & Al-Aqsa’. Beliau berkongsi pengalaman sebagai wakil tunggal mahasiswa ke misi darat ‘Aqsa to Gaza 2’ (A2G2) yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif pada Ramadhan tahun lepas. Misi tersebut bertujuan untuk menyampaikan pelbagai bentuk bantuan termasuk mikro-kredit untuk pembangunan kilang roti, penternakan lembu dan pendidikan kanak-kanak di Palestin. Peserta-peserta misi juga berkongsi maklumat dalam pelbagai bidang bagi mencari peluang kerjasama antara Palestin dan Malaysia. Sebagai wakil mahasiswa, beliau bertanggungjawab untuk memahami situasi sebenar mahasiswa di Gaza dan membincangkan projek-projek yang boleh dijalankan bagi meningkatkan kualiti pendidikan d Gaza.

Oleh yang demikian, para peserta mewakili setiap institusi telah membentangkan pelan-pelan tindakan program-program Palestin di kawasan masing-masing. Aqsa Syarif Miri sangat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi di Miri dan bersedia menyediakan bantuan kepakaran serta pengalaman bagi meningkatkan kesedaran serta ambil peduli masyarakat Miri terhadap isu Palestin

Selain daripada sesi penerangan, para peserta juga berkesempatan untuk menyerlahkan bakat serta kreativiti dengan menyampaikan mesej-mesej keamanan  dalam sesi 'Wall of Solidarity for Palestine'.  Aktiviti ini bertujuan untuk mengajak mahasiswa menunjukkan solidariti kepada masyarakat Malaysia serta dunia bahawa mereka sentiasa bersama rakyat Palestin bagi membebaskan Al-Aqsa As-Syarif (Masjid yg Dimuliakan).




Sila lawati laman Facebook Aqsa Syarif Miri untuk melihat mesej-mesej yang disampaikan oleh para peserta (https://www.facebook.com/media/set/?set=a.204481613002288.44508.201686529948463&type=3)

Program diakhiri dgn Ucapan Penangguhan oleh wakil Pengarah IPGKS, Ustaz Mohamed Madani B Bakar, Pensyarah Penasihat, Exco Agama, Kerohanian, Kepimpinan dan Pembangunan Insan Guru, JPP IPGKS. Beliau menyampaikan penghargaan kepada Aqsa Syarif Miri serta sukarelawan-sukarelawan yang bsama-sama menjayakan program tersebut. Beliau mengingatkan bahawa mahasiswa sewajarnya merasa sensitif terhadap isu Palestin kerana ia merupakan isu kemanusiaan dan isu aqidah bagi yang beragama Islam. Beliau menyeru para peserta untuk berganding bahu membebaskan Palestin yang dijajah oleh rejim zionis.

Aqsa Syarif merupakan suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dengan moto “Memperkasa Ummah – Membebaskan Al-Aqsa”, visi Aqsa Syarif adalah untuk menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan program-program Palestin di Miri, sila hubungi wakil aqsa Syarif Miri di talian 012-3148149 atau e-mel kepada aqsasyarif.miri@gmail.com.

No comments:

Post a Comment